Tuesday, July 19, 2011

Mistake! or FAilures?

Hallo...ahaha..asal asyik start nak post ak asyik gelak jer a? wakak..
okeh..setalah entry2 aku before nih byk lebih kepada hiburan, hari nie ak nak cerita pasal mistake dalam kehidupan. Motivasi skit untuk aku dan juga kawan-kawan semua.Kadang-kadang bukan perut jer kena bagi makan, rohani pun kita kena bagi makan beb.. hahaha..

Mistake nama lain nyer adalah kegagalan. Untuk pengetahuan korang semua, kenapa aku nak sangat cerita pasal kegagalan. Kegagalan nih sebenarnya dalam diari hati aku memang dah x dapat dipisahkan. Nak letak clorox x boleh hilang,bakar pun x ilang gak. Tapi dulu aku memang benci kegagalan, tetapi setelah hidup selama 22 tahun nih, aku rasa sayang dengan kegagalan and i appreciated it for be in my life.

Aku nak cerita sejarah hidup aku. Dari kecil aku kuar dari perut mak aku, mak aku dah letakkan aku kat kampung bersama-sama ngan sepupu aku. Aku, angah aku dan along aku . Lepas tuh ditambah ngan adik aku dan sepupu aku lagi seorang. Bukan nak kata mak ayah aku pemalas nak jaga kitorg, tapi aku faham mereka berdua bekerja dan tiada sesiapa nak jaga kami. So lebih baik kami dijaga oleh atuk dengan wan aku.

Wan aku!! sayang weh...

Nak cter family laen kali aku citerkan. okeh. haha...Untuk pengetahuan korang along ngan angah aku ni amat lah pandai sangat. UPSR masing2 5A, pmr along aku8A angah aku 9A Spm Along 8A Angah aku 11A1. Aku pulak..nanti ar citer karang kata kerek plak....=p Aku respek kat diorang walaupun tidak berayah mereka mampu cemerlang. Mantap an wan ngan atok aku jaga..selalu org kate atuk jaga x pandai..tapi alhamdulillah cucu diorg jaga semua blh lah bjaya.

Aku dan Along aku waktu dier grad kat uia
Along aku masuk UIA ambil engineering and then da grad da skrng kejer dgn petronas. Angah aku pulak blaja kat mesir pastuh grad jadi dr kat hospital temerloh. Citer sekarang pasal aku pulak.. hahah..sedih weh. aku upsr ngan pmr sama ngan diorang tapi bila SPM start la zaman kejatuhan aku. SPM aku dapat 6A1 2B3 1B4.. Hati nih memang lah frust beb...menangis aku wktu ambil result tuh.. Malu nak jumpa mak bapak, kawan-kawan lagi.. Kawan2 aku sumer muka ceria..siap happy nak beli beg la nak gi oversea bagai..Dalam hati frust tuh aku dapat tawaran gi UIA course Architecture Enviromental Design. Pasal takda choice aku pun pegi la.. Masuk situ family aku suruh aku tukar engin, aku pun tukar pasal memikirkan aku tiada basic nak melukis beb..lukis org lidi pun bengkok-bengkok bak kata catwomen..wakakaka..




Dekat cfs iium, pelajaran aku amat lah teruk. Sampai last year before nak gi main campus, aku taklayak nak teruskan engineering pasal tak cukup taraf pointer iaitu 2.30...aku dapat 2.297 je...bayangkan lagi 0.003 jer. Sedih weh. Fikir nak grad cepat, aku pun amiklah ICT dengan harapan dapat masuk main campus dengan kawan-kawan aku.

Di Gombak, aku pun belajar lah ICT bersama rakan-rakan yang aku tak kenal langsung. Yang aku kenal time tuh Arip je pasal dier sama kes ngan aku ditendang engin. Mindset time tuh aku fikir ICT senang. So memang lah aku x belajar langsung. Kelas gi sekejap, sekejap x gi. Maen dota, futsal hari-hari. Taw-taw jer da final! After final result aku bawah 2.00 and time tuh aku pergi check kat opis pasal byk saman.Aku cek tgk status aku DM which is Dismiss. Pergh...cakap korunk..time tuh aku rasa macam bejuta-juta batu bata jatuh kat kepala aku. Macam mana aku nak cakp kat parent...surat samapai rumah, PTPTN kena tarik.Grad lambat! Time tuh baru rasa penyesalan tuh datang...Aku kene maki ngan mak ayah aku, saudara aku, angah along aku. Yang tak maki aku cat women jer..nasib baik la ader catwomen yang sanggup dengan aku dalam susana amat terhimpit. Bertahun tak kuar air mata kuar air mata beb. Sebab tuh aku syang dia sampai bila-bila=)


 Setelah dismiss tuh aku readmin balik. Alhamdulillah segala proses berjlan lancar. Aku buat keputusan nak tukar bilik, bukan sebab aku salahkan kawan-kawan aku, tapi aku nak hidup sendirian dan cuba ubah kan lifestyle hidup aku. Dalam 2 semester tuh, aku tak pernah skip class, kalo adapun ada MC..Kuiz assigment tutorial semua aku buat. Aku sanggup gi melepet blaja kat bilik member yang pandai yang baru kenal. Futsal pun aku kurangkan termasuk lah Dota aku. and alhamdulillah aku dapat keputusan yang memang tak sangka aku dapat! Aku dapat Major in computer science and cita-cita aku nak menjadi engineer akhirnya bersinar kembali. Aku pun dapat yayasan negeri sembilan untuk menggantikan ptptn yang da berkubur tuh dan akhirnya hidup aku kembali normal.

Setelah apa yang terjadi dekat aku nih aku dapat simpulkan banyak moral values:

  1. Kegagalan adalah berpunca dari diri anda sendiri. Kawan-kawan, family dan persekitaran hanyalah alasan untuk diperslahkan. Ramai org berjaya ada kawan-kawan tetapi kenapa diorang boleh berjya kan? fikir-fikirkan..
  2. Segala kegagalan musibah yang hadir pada kita adalah hikmah dari allah swt. Korang rasa kalau aku tak gagal ader aku sedar apa salah aku? tak kan..Kalo aku x gagal, adekah aku akan berjaya dapat majoring yang aku idam kan?(sebelum nih mustahil pasal 1st sem pointer truk fuck) 
  3. Failure is the greates good teacher in our life.Kelebihan kegagalan adalah memberi kita pengalam supaya tidak melakukan benda yang sama lagi.
  4. Trust allah, Parents and orang yang berada bersama kita di waktu kesusahan. Hargai mereka walaupun anda sudah berjaya nanti.
  5. Kita boleh melihat siapa kawan dan siapa lawan.=)
  6. Lastly, aku selalu ingatkan pada diri aku supaya tidak melakukan kesilapan yang sama. Byk moral values stories dari orang-orang berjay seperti billgate dan lain.Semunya adalah tidak melakukan kesilapan yang sama.Melakukan kesilapan yang sama adalah BODOH.
  7. Aku tertarik dengan blo gnih yang menceritakan pasal kegagalan. Tapi dalam english la. Korang blh click terus kat sini. 3 ways to dealing failures.

Panjang sungguh entry aku kali nih. Aku harap entry aku kali nih dapat memberi semangat kat para pembaca yang mungkin on daway ke kegagalan atau da gagal. Ingat we live not for today, we live for tomorrow.=) Chiow do....nak kuar makan cendol wahab!!! tata!

7 comments:

  1. panjang tak apa
    asal ikhlas menulis dan berkongsi
    aku dapat rasa apa ko taip nih
    tak apa
    skrg paling tidak ko dah berjaya dan bangkit daripada kegagalan masa lampau
    tahniah kawan kaizen :-)

    ReplyDelete
  2. All the best in ur future life. Failure is the best experience untuk kite sedar dan bangkit dr kisah lama right? Thx for the sharing by the way =)

    ReplyDelete
  3. Haha...sharing is caring an..dunt want other perople make same mistake like me..kan2..

    ReplyDelete
  4. i can feel that. u are actually stronger than u tot. ;)

    ReplyDelete
  5. wah, semangat aku baca..! haha.. go zambo..!

    ReplyDelete
  6. gua ada kt blakang lu bro..=)

    ReplyDelete
  7. gua pun sentiasa bersama lu bro...

    ReplyDelete